Tentang Hauska


Hauska ditubuhkan pada tahun 2018 di Uptown Temerloh, sebuah medan perniagaan kecil-kecilan di Temerloh. Namun medan tersebut gagal mendapat sambutan penduduk setempat dan terpaksa ditutup atas faktor kekurangan pelanggan.

Setelah Uptown Temerloh ditutup pada bulan Ogos 2019, kami maju selangkah dengan memindahkan lokasi kedai kami di Kedai MPT, Taman Temerloh Jaya.

Kami masih meneruskan perniagaan di Taman Temerloh Jaya dan berharap pada masa hadapan kami akan berjaya membuka beberapa lagi cawangan kedai di tempat lain.

Minuman kami berkonsepkan kedai minuman sedap ala Chatime, Tealive atau Coolblog. Perancangan awal pihak kami ingin menambah produk makanan yang dijenamakan sebagai Hauska Kitchen.


Ulasan